Wednesday, February 17, 2010

JURNAL YANG PERLU DIULAS OLEH RAKAN-RAKAN...

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR

Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi.

http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf







6 comments:

  1. Keseluruhan kajian yang dilakukan telah mendapati faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris merupakan faktor utama yang menjadi permasalahan yang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan dua di sekolah luar bandar. Hal ini seperti yang kita fahami walaupun guru telah menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik namun ianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Sungguhpun begitu, sekolah dan ibu bapa tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah dan ibu bapa perlulah bersama-sama berganding bahu dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti dan memahami pembelajaran dengan baik dan sentiasa memantau perkembangan tahap pembelajaran mereka. Hal ini untuk memastikan para pelajar sentiasa diberi sebanyak mungkin ruang dan peluang untuk belajar dengan baik dan selesa agar dapat memperoleh pencapaian yang baik dalam akademik khususnya Matematik.

    ReplyDelete
  2. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Kebangsaan sebagia bahasa perantara matapelajaran Sains dan Metematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 sepereti yang di umumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin setelah kajian yang mendalam dilakukan.
    Pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris mempunyai kebaikan dan keburukkannya. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusiauntuk mencapai taraf Negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Bahasa Inggeris juga adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
    Saya tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik walaupun ada kebaikannya. Walaubagaimanapun terdapat juga kesan negatifnya. Orang melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai Bahasa Inggeris. Jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, kemungkinan juga keciciran bertambah.

    ReplyDelete
  3. Secara umumnya saya kurang bersetuju dengan penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran matematik. Sebelum sesuatu dasar hendak dilaksanakan oleh Kementerian, kajian terperinci mesti dilakukan sedalam-dalamnya dan pandangan semua pihak wajib diambilkira dan dijadikan asas. Pada saya, jika dilaksanakan dasar pembelajaran matematik di dalam bahasa inggeris, banyak keburukan dan kekurangan dapat dilihat berbanding kebaikan. Antara kelemahannya adalah:

    1. murid-murid akan mengambil masa yang agak lama untuk mahir menguasai subjek matematik, malahan akan ada yang langsung tidak dapat memahami konsep dan asas matematik. Pada masa sekarang pun, walaupun subjek matematik diajar dalam bahasa melayu, ramai murid khususnya dikalangan murid berbangsa melayu yang agak merosot dalam pelajaran matematik mereka.

    2. para guru sendiri pun belum tentu dapat mengajar subjek matematik dengan berkesan di dalam bahasa inggeris disebabkan mereka juga kurang mahir dalam penggunaan bahasa inggeris itu sendiri. Maka tidak hairan jika sesetengah guru tetap akan mengajar matematik dalam bahasa melayu.

    ReplyDelete
  4. OLEH : ZUBAIDAH MAT YASIN 202181

    Pembelajaran Matematik dalam bahasa inggeris di luar bandar..bagi saya wujud perbezaan dari segi pembelajaran yang mana pelajar di luar bandar lebih terdedah kepada komunikasi dalam bahasa ibunda berbanding pelajar di bandar yang sering di latih oleh ibu bapa mereka menggunakan bahasa inggeris dalam percakapan harian....Jadi di sini didapati pelajar di luar bandar kurang mahir dalam berbahasa inggeris akan memberi masalah kepada mereka berbanding pelajar di bandar..Walau bagaimanapun penerapan ini perlu sekiranya dibuat mengikut tahap-tahap tertentu

    ReplyDelete
  5. Didapati bahawa faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap yang kurang memuaskan sekaligus menjadi permasalahan yang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru itu menggunakan strategi pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapi keadaan tersebut masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan Bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran. Motivasi pelajar yang kuat untuk berhadapan dengan Bahasa Inggeris serta penguasaan Bahasa Inggeris yang berkesan perlu digiatkan dan digembeling khususnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Guru-guru Bahasa Inggeris sememangnya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk membantu pelajar mereka menguasai Bahasa Inggeris serta sokongan padu seluruh masyarakat bagi memastikan pelajar tidak keciciran dalam menguasai Sains dan Matematik akibat daripada masalah bahasa ini.

    ReplyDelete